The rules:1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
3) Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
4) Leave a comment on the receipients' blog to tell them they've been tagged.
5)Paste the award badge in your sidebar.
Have fun! If you feel like cutting down on the numbers, feel free to!
Pandangan dillazag terhadap saya :
Perempuan ini saya jumpa di sekolah menengah. My Form 4 senior when I was in Form 1. She's a lawyer by training but left the profession to pursue her dream. I love to follow her daily adventures with the wonderful kids of Q-dees Saujana Utama and also her personal journey in life. Sangat sarcastic dan comel to boot!
Pandangan saya terhadap dillazag :1) oleh sebab ramai sangat Serikandi Tun Fatimah dipanggil Dilla, dia lebih dikenali sebagai dilla zaghlol (sempena nama ayahandanya).
2) Dia terlalu peramah, very confident - Form 1 lain takut2 dgn seniors, but dillazag akan bercampur dgn semua org tanpa mengira umur.
3) dia selalu menunjukkan keupayaannya menggulung lidah kepada kami.
4) dia tidak pernah berambut pjg sepanjang ingatan saya semasa berada di STF. She was a bit "brutal" and selamba, but these characteristics made her very close to us, the seniors.
5) before getting married, dia menunjukkan semua persiapan perkahwinannya kpd saya & Elin dr baju pengantin, baju bridesmaid, baju flower girls, kad kahwinnya yg cantik sehingga kpd husbandnya yg handsome. Me & Elin were very honoured to be invited to her glamourous perkahwinan di taman.
Ten (10) interesting facts about myself :1) Saya dilahirkan tidak cantik tetapi bersyukur kerana lengkap segala pancaindera. Kepala saya agak besar, dahi jendol, deep sad eyes, square face & kulit saya agak gelap dibandingkan adik beradik saya yang lain.
Saya di sebelah kanan. Di sebelah kiri anak sepupu saya.
Ayan, my younger sister sms-ed me yesterday :
"Dlm Berita Harian hari ni, bayi berkepala besar meninggal dunia. Kak Emy ok je, hidup lama".
I told Alin, my eldest sister about this sms. Dia bukan mendefend saya tetapi menambah,
"yelah, masa kecik dulu Abang Long kata kepala tu boleh takung air hujan".
Bersama sepupu saya. Macam anak ET kan?
Tq sisters.
Ibu saya menghadapi masalah ketika ingin melahirkan saya, terpaksa bertarung dgn nyawa. Selepas melahirkan saya, ibu saya menghadapi masalah lelah yg kronik sehingga kini. Saya bernasib baik kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Kalau dilahirkan di India, mungkin menerima nasib spt anak perempuan di sana - ditanam hidup2. Ibu bapa saya juga menghadapi masalah membesarkan saya; sukar dikawal, bertindak mengikut perasaan & keras kepala (mungkin sebab kepala saya besar???).
Kening saya tidak teratur & lebih memburukkan lagi, semasa saya kecil, arwah datuk saya telah membuang puntung rokok beliau keluar tanpa menyedari saya berada di luar rumah ketika itu. Puntung rokok yg masih bernyala itu terkena kening saya menjadikan ianya semakin tidak kemas & teratur.
Gambar passport saya yang pertama.
Look at my eyebrow. The area yg kena puntung rokok tu kurang sikit lebatnya. BTW, bintil bwh mata tu gone forever, no need surgery. Tak sure which of my beauty products got rid of that. Gambar ini diambil di salah sebuah gunung di Korea. It was drizzling, hence the raincoat. Saya ambil gambar saya sendiri. Di mana suami saya? Entahlah, mungkin sudah berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang versi Korea. They have something in common - the eyes. Taklah, Shahrul sebenarnya sedang sibuk minum mata air yg keluar dari muka bumi dan berperisa seperti air berkarbonat.
Untuk menutupi kekurangan saya, bila dewasa saya berusaha membentuk personaliti saya dgn membykkan membaca. Saya percaya kecantikan seseorang tidak terletak pd paras rupa sahaja. Antara buku yg membantu saya : How to Win Friends & Influence People by Dale Carnegie. Buku ini saya perolehi drpd koleksi buku2 lama abah saya. Tp saya rasa telah ditipu hidup2 bila Dale Carnegie mati kerana membunuh diri. Mujurlah prinsip2 dlm buku tu memang boleh diaplikasikan.
2) Ketinggian saya hanya 152cm. Kecik kenot kata students saya yg jugak kecik kenot. Mungkin dipengaruhi gen sebelah ibu kerana my paternal aunties, uncles & cousins kesemuanya tinggi2 belaka & they are fair. Semasa kecil, saya suka main masak2 yg tidak memerlukan kekuatan fizikal. Heran jugak kenapa minat masak2 tidak dipupuk sampai sekarang...Mungkin juga faktor saya tidak suka Pendidikan Jasmani & yg sewaktu dgnnya menyebabkan ketinggian saya terbantut.
Tp ini ada juga kebaikannya kerana saya tidak perlu risau membeli pakaian/ kasut; senang cari saiz & tidak perlu bersusah payah mencari calon suami yg lebih tinggi dari saya. Saya tidak percaya kepada statement, kalau isteri lebih tinggi dr suami murah rezeki. Saya tidak mahu bersusah payah macam Adibah Noor dlm sebuah iklan, terpaksa memanjat utk membetulkan lampu rosak dsbnya hanya kerana suami saya lebih rendah dr saya.
3) Dr darjah 1-4, saya bersekolah di Convent Infant Jesus, Malacca yg kesemua pelajar adalah perempuan. Bila darjah 5, saya ditukarkan ke sekolah yg dekat dgn rumah, Sek Keb Bukit Beruang; ada pelajar lelaki. Saya minat sangat dengan classmate saya, Rosman Nordin tp dia tak minat kat saya. Dia lebih minat kat kawan saya; Faridah Yusof yg pandai mengaji, kulit putih gebu, pipi bagai pauh dilayang, tinggi lampai. Saya - the opposite. Ada classmate saya - Alias Adross yg tall, dark & handsome & cuba berbaik2 dgn saya tp saya tak suka dia hanya sebab dia hitam sangat. Terukkan? He was really a sweet boy.
4) Saya adalah perempuan yg sangat senang menangis. Heroin drama korea mati, saya menangis, heroin kena dumped, saya menangis hatta kucing beranak pun saya boleh menangis. Yg lebih mengharu birukan, kucing2 suka betul beranak kat tadika saya. Kalaulah bila kucing beranak perlukan bidan, mungkin saya dah jadi bidan kucing & membidankan ramai anak kucing.
5) Saya menghargai rakan-rakan saya. My best friends tidak boleh dikira dgn jari tangan sahaja, perlu jari kaki coz ramai jugak. Kalau friends lagi ramai, mungkin kena pinjam jari tangan & kaki org lain utk kira. Di bawah adalah sebahagian drpd my best friends.
Elin in red & Azlina, the host. Kedua-dua mereka adalah kawan karib saya....
Eairrin Hasshim (kawan saya di Law Faculty, UM) di sebelah Elin & Latisya Sharudin di sebelah saya.
Dr Ruzaina & Ida Faiziah
Sharifah Hamdiah
Jue & Mimi
A friend of mine gave me this big garfield on my birthday. Saya pasti dia pun nak remain anonymous tp saya pasti jugak dia tau siapa dia. Dia adalah salah seorang rakan karib saya. Saya suka bersembang dgn dia kerana dia boleh melayan "kegilaan" saya.
6) Saya boleh lena dalam sekelip mata walaupun saya minum bercawan-cawan kopi sebelum tu. Saya hanya perlu memejamkan mata, stare into darkness & within seconds, saya lena. Saya juga senang terjaga. So, kalau Shahrul yg mmg susah tidur bergolek ke kanan ke kiri, saya akan terjaga tetapi saya akan lena semula. Bukan buat tak pot je tp bukan semua org boleh dpt nikmat tidur mcm saya.
7) Semasa kecil, saya selalu sakit terutama gastrik. Saya tak boleh makan twisties, chickadees & seangkatan dgnnya, minum carbonated drinks etc...Sampai sekrg tekak saya tak boleh menerima bende2 ni. Tp kalau nampak shopping bag saya penuh dgn bende2ni, itu adalah utk Shahrul. Ibu saya pernah terkejut tengok Shahrul beli sebegitu byk twisties, chickadees etc...so now u know rambut Shahrul kurang bukan sebab stress beristerikan saya tp sebab faktor pemakanan.
Bila dewasa, saya jarang sakit. Tidak pernah dimasukkan ke hospital sehingga 30.5.2007 bila saya terpaksa menjalani pembedahan di Gleneagles utk membuang cyst. Saya benci pergi follow up dgn Dr Suseela Nair kerana dlm bilik menunggu kebanyakannya mereka yg berusia 50 tahun ke atas, membuatkan saya rasa saya tua sebelum waktunya.
8) Saya tak suka sayur. Semua makanan saya takde sayur. Saya hanya akan makan sayur kalau Ibu saya masak, hanya taugeh & sayur kacang sahaja. Shahrul - the opposite. Kalau makan nasi campur, sayur je nampak, nasi tak nampak. So kalau makanan saya ada sayur, Shahrul akan menghabiskannya. Org kata kalau makan lebihan isteri, nanti dgr cakap isteri. Saya rasa menderem saya tak menjadi pd Shahrul coz kalau tidak mesti saya boleh drive kereta kesayangannya. CSI team tidak akan jumpa DNA saya kat driver's seat kereta Shahrul.
9) Sakit Untuk Cantik? Sounds familiar? Kini, saya termasuk dlm segelintir wanita2 yg berfikiran sebegini. Saya sanggup mengumpul duit utk membiayai permanent hair removal on my upper lip using electrolysis. 20 sessions, baru lepas 5 sessions. Sakit yang amat. Rasa mcm semut api gigit kat upper lip utk jangka masa yg agak lama. 1 session lasts about half an hour. Pasti air mataku bertakung di kelopak mata. Anita, the owner thinks I'm so cool coz her customers ada yg sampai meronta.
My last session with her was yesterday. Anita just came back from London, she got a new machine which she claimed lesser pain. She gave me a free treatment yesterday coz I was her guinea pig. Takut jugak, mana tau mukaku yg comel..ahaks..jadi comot? After each session, akan bengkak & merah. Saya akan dengan selamba crossed the road gi bank2 berdekatan menjalankan urusan perbankan. Baru 5 sessions, so tak nampak lagi perbezaan. But please, when you see me, jgnlah nak tengok muka saya dekat2 pulak; that's sexual harassment...
10) Bila mandi, saya akan pastikan air dipancurkan di kaki dahulu, kemudian baru ke bahagian anggota tubuh yg lain. Saya akan uwek uwek mengeluarkan angin dlm bdn. Petua ini diajar oleh Cik Ayermana, guru Sains saya di STF yg di samping mengajar sains selalu menyelitkan petua utk sains kecantikan. Saya jarang terkena sakit kepala.
Saya bersusah payah mempraktikkan petua ini sedari dulu utk mengurangkan angin dlm bdn. Itu sebab saya sakit hati bila satu hari, saya kat escalator One Utama. Dua gadis Melayu begitu bergaya, berskirt micro mini, bermekap tebal di hadapan saya. Tiba2 saya terbau busuk yg amat sgt mcm telur tembelang pecah. Mesti one of them telah mengeluarkan angin. Saya terpaksa menahan nafas hingga menyebabkan saya tidak boleh berkata, "next time kalau rasa bdn byk angin, pakailah seluar, lagi ketat lagi bagus, so that bila angin keluar, tak pollute the environment. Terperap dlm seluar tu.
Anda telah mengenali saya. Kini, anda perlu mengenali 2 rakan saya yg begitu istimewa pada saya :
1)
AIZ : Kami bertemu 30 tahun yg lepas (Darjah 1) ketika sama-sama bersekolah di Convent Infant Jesus (2) Malacca. Kami tak satu class so walaupun Melayu tak ramai kat sekolah tu, kami tak rapat. Then Aiz moved to another school.
We met again kat STF when we were in Form 1. Still tak close coz we were in different class. We were in the same class masa Form 4 & 5 Social Science. A partner in one of the "crimes" I committed tp if I'm not mistaken, Aiz terlepas coz 1st time offender. Oh yes! they introduced us to legal terms masa kat STF lagi.
Me & Shahrul had dinner with Aiz & hubby, Din once when they invited us to their house. Aiz pandai memasak, menghias, now she's into art & craft.
2)
HANIE : She was my classmate kat STF for 5 years. Duduk sebelah menyebelah masa Form 4 & 5. She has the sweetest smile & very nice handwriting. A very talented dancer too. She knows me very well. She was my shoulder to cry on. Except for one incident bermasam muka, we were quite close. Never judged me, selalu cover up for me etc...a friend in need is a friend indeed.